ISLAMIC CALENDAR

Friday, November 12, 2010

SAYANG IBU

Rangkap 1
Alhamdulillah, Allah masih beri aku ruang untuk mencoret hari ini. Jadi aku terfikir untuk buat tajuk tentang IBU. Bila sebut IBU ni, rasa rindu plak ngan IBU aku. Kalau kita lihat realiti sekarang lah kan, ada sesetengah individu yang tidak sempat merasai kasih sayang seorang IBU ni. Mungkin ada yang telah kehilangan seorang IBU semasa baru lahir atau baru sahaja kehilangan dua tiga hari lepas. Semua ini kita tidak boleh duga akan ketentuan Allah s.w.t.

Rangkap2
So, pada hari ini aku nak share ngan sahabat-sahabat semua, betapa pentingnya kita menyangi IBU kita dan senantiasa menghargai saat-saat kita bersamanya. Aku ingat dulu kecil-kecil aku dibelai, dimanja, serta dijaga rapi oleh ibuku. Ibu aku sanggup berlapar demi aku, untuk melihat aku membesar dengan sihat. Ibu aku juga tidak pernah kenal erti jemu dalam melayan segala kerenah aku. Fuhhh, bukan senang nak menjadi seorang IBU ni sebenarnya.

Rangkap 3
Aku kekadang terkilan, bila dengar cerita-cerita "Remaja pukul IBU sendiri", "Anak derhaka pada IBU sendiri" dan macam-macam lagi lah.. EEEEIIIIII, kalau aku jumpa orang macam tu, BAGI jer... Bagi nasihat. Aku kadang-kadang takut bila aku jadi macam orang-orang yang aku sebut tu. Yalah, kita tidak tahu apa yang akan berlaku lepas ni kan. Ishh, IBU IBU IBU aku sangat-sangat menyangi mu. Biar lah saat IBU masih ada disisi, akan aku berikan segala apa yang aku ada.

Rangkap 4
Apa-apa pun, aku harap sahabat-sahabat menghargai IBU anda selagi masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah s.w.t ini. Banyakkan lah beramal baik dan cuba-cuba lah menjadi seorang anak yang soleh. Aku ni tak lah baik sangat, tapi kita sama-sama lah berusaha kan-kan-kan.. AKhir sekali "RECEIVE LOVE"

No comments:

Post a Comment