ISLAMIC CALENDAR

Saturday, November 13, 2010

UKHWAH KITA

Rangkap 1
Assalamualaikum semua..Macam mana perjalanan aktiviti kehidupan pada hari ni bro? Ada bahagia ke? Ke Tension je hari ini..Herm, tak kisah la apa pun yang berlaku hari ini kan, aku cuma nak kongsi kenikmatan berUKHWAH sesama kita. Jadi, semua fokus ok, jangan gerak-gerak dan jangan bising.

Rangkap 2
"UKHWAH" merupakan satu lagi nikmat yang perlu kita hargai. Kalau bahasa saintifiknya "member-member". Kalau kita lihat sekarang ni la kan, girlfriend lebih diutamakan berbanding sahabat. Nama pun dah "GIRL" dulu baru "FRIEND", nampak sangat friend belakang-belakang. Kalau wanita dahulu-dahulukan. Eeeii, harap-harap kita tak la macam tu semua. Ni nak bagitau, bila kita diberi peluang untuk bersahabat, jangan pernah putuskan tali UKHWAH yang telah dibina. Kalau lah persahabatan kita ni kerana ingin mencari Redha Allah, Insyaallah kita akan dapat pahala.

Rangkap 3
Ni tak, zaman sekarang ni kalau kita tak ada girlfriend, orang akan mengeluarkan pelbagai persepsi. Ada yang kata tak normal lah, minat cenderung pada lelaki lah, mati pucuk lah, mati daun lah, dan macam-macam lagi kenyataan yang akan terkeluar. Dalam islam, antara hubungan yang disukai Allah s.w.t, ialah persahabatan yang diniatkan keranaNya dan berukhwah dalam melakukan kerja-kerja Islam.

Rangkap 4
Selain itu, bila ukhwah kita jaga, susah senang akan kita hadapi bersama. Seorang sahabat yang baik, adalah sahabat yang senantiasa membawa kita mengingati Allah dan saling tegur menegur diantara satu sama lain. Dalam berukhwah juga kena ada SKILL dan tekniknya. Tidak semestinya nak member yang soleh-soleh je. Kita kena juga ajak member-member yang rock bersahabat dengan kita dan beri contoh yang baik padanya. Kalau kita ikhlas berkawan dengannya sebab untuk mengajak kepada kebaikan, Allah akan permudahkan segalanya.

Rangkap 5
Pendek kata, dalam berukhwah ni tidak ada erti STOP, atau TERPUTUS takat ni je. Berukhwah ni kena senantiasa ada selagi kita masih bernafas di Dunia ni. Apa yang aku harapkan ialah, kita senantiasa bersatu hati dalam menempuh segala cabaran yang Allah berikan kepada kita. Insyaallah, dengan berukhwah juga kita dapat mengumpul dana-dana untuk kita bawa menghadap Allah s.w.t kelak.

No comments:

Post a Comment