ISLAMIC CALENDAR

Wednesday, November 3, 2010

AKU NAK KAHWIN AWAL

Rangkap 1
"Mak, Ayah aku nak kahwin!" Ceh-ceh ayat, hihi. Wah, hari ni cuti so aku pun saja lah nak tulis tajuk yang aku dah pilih ni. K.A.H.W.I.N, fuhh bukan mudah kot. Ada banyak pendapat atau pandangan bila seseorang individu itu nak kahwin awal. Well, ada yang kata kerja dulu bai, kumpul duit banyak-banyak, kahwin lah pas tu. Ada juga kata, buat apa kahwin awal bro, enjoy dulu, usia muda lagi, biar puas hidup bujang, baru kahwin.

Rangkap 2
Ceh-ceh, sedap cakap! Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kahwin awal ke, lambat ke atau sipi-sipi ke, tu semua tak kisah. Apa yang penting lah soal kahwin kenalah berdasarkan niat dan juga matlamat yang jelas. Kenapa kita perlu kahwin? Bagi aku lah, kahwin awal ini tidak menjadi satu masalah, kerana member aku cakap kalau kahwin awal, kita dapat setelkan masalah besar iaitu nafsu. Tapi kahwin ini bukan lah tempat untuk kita melepaskan nafsu semata-mata,akan tetapi dalam rangka memperkemaskan lagi Ubudiyah kita padaNya.

Rangkap 3
Jadi, kita kena positif kepada sesiapa sahaja yang nak kahwin awal ni. Nak share lah kan, aku ada member namanya si ......... kahwin awal time belajar lagi. Tapi Alhamdulillah, kedua-duanya sudah pun tamat belajar dengan keputusan yang cemerlang dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Bila aku selidik-selidik, fuhh perkahwinan yang matlamat dan niat yang jelas untuk mencari Redha Allah s.w.t, Insyaallah Allah akan bantu, tidak kira siapa pun dia, berduit atau tidak berduit, hensem ker tak hensem, tapi yang beri rezeki adalah Allah. Apa yang penting jaga amal dan juga yakin lah pada yang Maha Esa.

Rangkap 4
Ok, so tidak kisah lah kan, aku atau member-member kat luar sana yang nak kahwin awal, tidak ada masalah. Janji MATLAMAT dan juga NIAT yang jelas, kenapa kita kahwin. Apa yang penting peringatan bagi pecouple-pecouple tegar, jangan tunggu lama-lama ok. Hubungan yang Halal adalah salah satu bekalan untuk kita bawa ke Akhirat kelak dan direstui dijalanNya. Kalau hubungan yang sebaliknya, paham-paham sendiri lah ok. "TEPUK DADA TANYA IMAN MASING-MASING" Apa-apa pun maaf ye kalau aku terkasar bahasa dan menyinggung sesiapa sahaja yang baca coretan aku untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment