ISLAMIC CALENDAR

Wednesday, November 3, 2010

BALIK KAMPUNG


Buat rilek jer.. Hari ini aku macam tak percaya yang aku dah ada blog sendiri. Perghh, memang imposible is nothing. Maka dengan ini untuk coretan pertama aku, aku buat tajuk tentang balik kampung. Maybe semua tertanya-tanya balik kampung itu apa? Atau apa sebenarnya yang nak aku sampaikan. Apa-apa pun buat rilek jer, biar aku setelkan ok.

Rangkap 1
Kebiasaannya, bila sebut balik kampung orang akan memikirkan tentang pulang ketempat asalnya atau tempat dia lahir kot. Apa-apa jer lah kan. Jadi, aku ingin berkongsi buah fikiran aku yang tetiba jer normal ni mengenai balik kampung yang sebenar. Bukan balik kampung pisang ker, kampung pintu geng ke atau mana-mana kampung lah, kan-kan-kan..

Rangkap 2
Akan tetapi yang aku nak cerita, mengenai balik kampung nun jauh disana iaitu (AKHIRAT). Jeng-jeng, bila sebut balik kampung sana, persoalannya bekalan apa yang kita perlu ada? Haaa. jawab-jawab? Macam ni lah, biar aku bagi pandangan aku dulu, pas tu kalau ada siapa-siapa yang nak komen ke, tambah ke, UP to you OK!

Rangkap 3
Jadi, bagi aku sebelum kita balik kampung yang aku maksudkan tadi, kita kenalah bersedia dari segi pemantapan diri seperti AKIDAH, AKHLAK, IMAN dan UBUDIYAH kita terjaga dengan sang pencipta iaitu Allah s.w.t. Tapi, nak buat semua ni, bukan mudah bro. Apa pun kita kena berusahalah, kan-kan.

Rangkap 4
Tambah pula, kita jangan terpedaya dengan bisikan-bisikan halus mahupun kasar oleh si SYAITAN, walaupun kadang-kadang aku pun terpedaya, tapi dah nama manusia itu insan yang lemah, so kita bagi elok dari masa ke semasa. Satu lagi, cari lah member yang boleh bergurau islamic dan member yang selalu mengingatkan kita tentang Allah.

Rangkap 5
Erm...apa lagi yer? Dah tak de kot. Nanti kalau ada penambahan aku coret lagi. Apa-apa pun, semoga kita senantiasa ingat akan mati dan senantiasa jaga hubungan kita dengaNYA. Maka, kepada yang balik kampung halaman masing-masing cuti raya haji ni, banyakkan istighfar, zikir dan jaga niat semasa dalam perjalanan. Fuhh, berat juga aku nak buat, tapi sama-sama lah kita cuba sedaya yang mungkin. OK, Insyaallah. TAKBIR!!

No comments:

Post a Comment